Permainan video Mario (francais)

Permainan asal

Donkey Kong

Replika kabinet arked Donkey Kong.

Selepas kegagalan komersial Radar Scope, presiden syarikat Nintendo merujuk kepada Shigeru Miyamoto untuk membuat permainan arked untuk menyelamatkan syarikat itu. Miyamoto mendapat idea sebuah permainan di mana watak yang dimain harus melalui jalan berhalangan yang terdiri daripada platform yang landai, tangga dan tong berguling. Miyamoto menamakan permainan itu Donkey Kong, dan protagonis utamanya "Jumpman". Donkey Kong adalah contoh awal genre platform. Selain menunjukkan sasaran dengan menyelamatkan Pauline, permainan ini memberi skor kepada pemain. Poin diberikan untuk skrin penamat; melompat atas halangan; memusnahkan objek dengan power-up tukul; mengumpulkan barang-barang seperti topi, payung, dan dompet (dianggap milik Pauline); dan menyelesaikan tugas-tugas lain. Tidak dijangka, permainan ini berjaya.[2] "Jumpman" dinamakan "Mario" dalam bahan promosi tertentu untuk pelancaran permainan itu di luar negara;[3][4] namanya berdasarkan Mario Segale, tuan tanah pejabat/gudang Nintendo of America, yang meluruk masuk kepada sebuah mesyuarat untuk menuntut pembayaran sewa yang tertunggak.[5] Akhirnya nama Jumpman ditukar secara antarabangsa dan kekal menjadi Mario. Kejayaan permainan ini menghasilkan beberapa pindahan, dan sebuah sekuel, Donkey Kong Jr., yang merupakan satu-satunya penampilan Mario sebagai antagonis. Donkey Kong 3 tidak menampilkan Mario.

Mario Bros.

Rencana utama: Mario Bros.

Penjenamaan Mario digunakan untuk pertama kalinya dalam permainan arked yang kemudian, Mario Bros., yang memperkenalkan abang Mario, Luigi. Objektif Mario Bros adalah untuk mengalahkan semua musuh dalam setiap fasa. Setiap fasa adalah sebuah rangkaian platform dengan empat paip di setiap sudut skrin, dan objek yang dinamakan blok "POW" di tengah skrin.[6][7] Mekanik Mario Bros hanya melibatkan berlari dan melompat. Tidak seperti judul Mario yang akan datang, pemain tidak boleh melompat atas musuh sehingga mereka terbalik; ini dapat dicapai dengan melompat di bawah platform di mana mereka berada atau dengan menggunakan blok "POW". Kedua-dua sisi setiap fasa mempunyai sebuah mekanisme yang membolehkan pemain keluar skrin kiri dan muncul di sebelah kanan, dan sebaliknya. Permainan ini sejak itu telah muncul semula dalam pelbagai bentuk, termasuk sebagai permainan mini di Super Mario Bros. 3 dan siri Super Mario Advance, dan digambarkan semula sebagai Mario Clash.

Game and Watch

Nintendo telah melancarkan beberapa permainan video Mario dan Donkey Kong LCD untuk barisan Game & Watch. Sebelas dilancarkan antara tahun 1982 dan 1994. Nintendo juga melancarkan enam permainan LCD untuk barisan Game Watch Nelsonic antara 1989 dan 1994. Banyak penciptaan semula permainan Game & Watch telah mengubah protagonis dari watak Mr. Game & Watch generik menjadi Mario.

Permainan platform

Siri Super Mario

Ralat: tiada nama laman ditentukan (bantuan).

Mario kemudian menjadi bintang dalam permainan platform penatal sisinya yang sendiri pada tahun 1985, berjudul Super Mario Bros., yang merupakan permainan yang disertakan dengan konsol Nintendo Entertainment System. Permainan ini kemudian dijual dalam sebuah bungkusan bersama Duck Hunt. Di Jepun, sebuah permainan berjudul Super Mario Bros. 2 dilancarkan pada tahun 1986, tetapi sebuah permainan dengan nama yang sama dilancarkan secara antarabangsa pada tahun 1988, kemudian diikuti oleh Super Mario Bros. 3 pada tahun yang sama. Versi Jepun itu kemudiannya akan dilancarkan di Amerika Syarikat pada tahun 1993 dibawah nama Super Mario Bros: The Lost Levels sebagai sebahagian daripada tajuk Super Mario All-Stars untuk Super Nintendo Entertainment System, sebuah konsol yang juga menampilkan iterasi permainan itu dikenali sebagai Super Mario World. Walaupun Super Mario Land dan dua sekuelnya merupakan ansuran Game Boy untuk siri ini, Game Boy Advance tidak menerima sebarang entri asli, hanya pembuatan semula. Super Mario 64 debut sebagai judul pelancaran untuk konsol Nintendo 64 pada tahun 1996. Super Mario Sunshine merupakan sebuah entri siri ini untuk GameCube, dan Super Mario Galaxy serta sekuelnya meneruskan francais ini untuk Wii. Super Mario 3D Land adalah tajuk utama siri ini untuk Nintendo 3DS. Wii U menyaksikan pelancaran Super Mario 3D World. Super Mario Odyssey akan menjadi permainan asli pertama dalam siri ini yang akan dilancarkan di Nintendo Switch, dan dilancarkan pada tahun 2017.[8]

Pada tahun 2006, sebuah sub-siri dengan tatamain retro dinamakan New Super Mario Bros. dirasmikan di Nintendo DS, menampilkan mekanik dari permainan Super Mario Bros. Subsiri ini berterusan di Wii dengan New Super Mario Bros. Wii, pada 3DS dengan New Super Mario Bros. 2 dan di Wii U dengan New Super Mario Bros. U dan New Super Luigi U, dengan pindahan berjudul New Super Mario Bros. U Deluxe pada Nintendo Switch pada Januari 2019. Tatamain bergaya Super Mario Bros. lebih jauh ditawarkan oleh permainan pencipta level Super Mario Maker, yang dikeluarkan di Wii U pada tahun 2015. Sebuah versi baru, Super Mario Maker 2, dilancarkan di Nintendo Switch pada bulan Jun 2019.

Pada tahun 2016, pasukan di belakang New Super Mario Bros. melancarkan Super Mario Run, permainan telefon pintar pertama Nintendo dan salah satu daripada beberapa contoh permainan Mario yang dikembangkan untuk perkakasan bukan Nintendo.[9]

Permainan teka-teki

Siri Dr. Mario

Logo siri Dr. Mario.

Dr. Mario[lower-alpha 2] (Digayakan sebagai D℞. Mario) merupakan sebuah siri permainan video teka-teki aksi bergaya arked pada asalnya dikembangkan oleh Nintendo Research & Development 1, dan kemudian dikembang oleh Arika dan diterbit oleh Nintendo Software Planning & Development. Yang pertama dalam siri ini, Dr. Mario, dilancarkan pada tahun 1990 di Nintendo Entertainment System dan Game Boy, mendapat kejayaan kritikal dan komersial.[10][11] Dalam siri Dr. Mario, watak pemain, Mario, yang berperanan sebagai doktor, ditugaskan dengan menghapuskan virus berbahaya. Objektif pemain adalah untuk memusnah virus yang bertambah di papan permainan atas skrin dengan menggunakan kapsul berwarna yang jatuh ke papan itu, mirip dengan Tetris. Pemain mengawal kapsul ketika sedang jatuh supaya selari dengan virus yang berpadanan warna, yang menghapuskannya dari papan permainan. Pemain maju dalam permainan dengan mengalahkan semua virus di atas skrin dalam setiap level.

Terdapat 4 permainan Dr. Mario dilancarkan untuk konsol rumah dan dua permainan mudah alih, dengan jumlah keseluruhan enam judul asli. Sepanjang siri ini dimajukan, setiap permainan baru telah memperkenalkan elemen baru agar tatamain tetap segar, seperti mode permainan baru. Pada tahun 2001, Dr. Mario 64 untuk Nintendo 64 memperkenalkan mode permainan baru seperti mode Story, Score Attack dan Marathon, Wario sebagai watak yang boleh dimainkan dan multipemain sebanyak empat pemain. Selepas terhenti selama tujuh tahun, pada tahun 2008, Dr. Mario Express untuk perkhidmatan DSiWareNintendo DSI memperkenalkan semula siri ini kepada pasaran permainan mudah alih. Juga pada tahun 2008, Dr. Mario Online Rx untuk perkhidmatan WiiWare Wii memperkenalkan multipemain dalam talian untuk siri ini. Pada tahun 2013, Dr. Luigi untuk Nintendo eShop Wii U memperkenalkan Luigi sebagai watak utama yang boleh dimainkan serta mode permainan Operasi L di mana semua kapsul mengambil bentuk huruf "L".

Siri Mario's Picross

Siri ini adalah sebuah koleksi teka-teki logik nonogram melibatkan sebuah grid dengan nombor untuk setiap baris dan lajur, yang merujuk kepada jumlah petak yang ditandakan dalam grid. Permainan ini menampilkan Mario sebagai ahli arkeologi yang memahat untuk membentuk gambar di grid itu.

Siri Mario vs. Donkey Kong

Rencana utama: Mario vs. Donkey Kong

Mario vs. Donkey Kong[lower-alpha 3] merupakan sebuah subsiri kepada siri Mario dan Donkey Kong, berdasarkan permainan video teka-teki, menampilkan kepulangan Donkey Kong, Pauline, dan permusuhan Donkey Kong dengan Mario. Subsiri ini memperkenalkan mainan bergaya Mario dikenali sebagai Mini-Mario, yang kemudian mengganti Mario sebagai satu-satunya watak yang boleh dimain dalam semua ansuran pada masa depan, bermula dengan March of the Minis dan seterusnya.

Permainan perlumbaan

Siri Mario Kart

Rencana utama: Mario Kart
Logo siri Mario Kart sejak Mario Kart DS.

Mario Kart[lower-alpha 4] adalah sebuah siri permainan video perlumbaan bergaya go-kart dikembangkan secara utamanya oleh Nintendo Entertainment Analysis & Development. Yang pertama dalam siri ini, Super Mario Kart, dilancarkan pada tahun 1992 di Super Nintendo Entertainment System, mendapat kejayaan kritikal dan komersial.[12] Dalam siri Mario Kart, pemain berlawan dalam perlumbaan go-kart, mengawal satu daripada sebuah koleksi watak dari francais Mario. Salah satu ciri siri ini adalah penggunaan pelbagai barangan power-up diperoleh dengan memandu ke dalam kotak barangan yang diletak sepanjang lapangan itu. Power-up ini termasuk Super Mushrooms yang memberi pemain gandaan kelajuan sementara, Cangkerang Koopa yang boleh dibaling kepada musuh, dan kulit pisang yang boleh diletak atas trek sebagai halangan.

Terdapat lima permainan Mario Kart yang dilancarkan untuk konsol rumah, satu pindahan yang disempurnakan, tiga permainan mudah alih, satu permainan untuk telefon pintar, dan tiga permainan spin-off arked yang dikembangkan bersama Namco, untuk jumlah keseluruhan tiga belas permainan. Sepanjang perkembangan siri ini, setiap permainan baru telah memperkenalkan elemen baru untuk menjaga kesegaraan tatamain seperti lapangan baru, barangan baru, dan watak baru yang dapat dimainkan. Pada tahun 1996 dan 1997, Mario Kart 64 untuk Nintendo 64 memperkenalkan perlumbaan 4 pemain dan grafik 3D. Pada tahun 2001, Super Circuit untuk Game Boy Advance memperkenalkan kebolehan untuk membuka trek retro dari ansuran sebelumnya. Pada tahun 2003, Double Dash!! untuk GameCube memperkenalkan koperasi multipemain LAN dan kart dua pemain. Pada tahun 2005, Mario Kart DS untuk Nintendo DS memperkenalkan tatamaindwi-skrin dan multipemain dalam talian melalui Wi-Fi. Pada tahun 2008, Mario Kart Wii memperkenalkan kawalan gerakan, perlumbaan 12 pemain, motosikal dan watak Mii yang boleh dimainkan,[13] serta tiga barangan baru: Blok POW, Mega Mushroom, dan Awan Guruh. Pada tahun 2011, Mario Kart 7 untuk Nintendo 3DS menampilkan pilihan grafik stereoskopik, memperkenalkan geluncur angin dan kart boleh tenggelam, sebuah perspektif orang pertama yang lain, dan penyesuaian kart. Pada tahun 2014, Mario Kart 8 untuk Wii U memperkenalkan perlumbaan anti-graviti, ATV, memuat naik sorotan ke YouTube melalui Mario Kart TV, sebanyak empat pemain tempatan dalam perlumbaan Grand Prix, kandungan yang boleh dimuat turun, dan merupakan yang pertama dalam siri ini untuk menpamerkan grafik HD. Pada tahun 2017, Mario Kart 8 Deluxe untuk Nintendo Switch dilancarkan sebagai pindahan versi Wii U yang disempurnakan, menampilkan mode perlawanan yang lebih baik dan beberapa watak baru termasuk Inklings dari Splatoon.

Mungkin siri spin-off yang paling popular dalam francais ini, siri Mario Kart bermula pada tahun 1992 dan kini merupakan siri perlumbaan kart paling berjaya dan paling lama, telah menjual lebih daripada 150,000,000 salinan di seluruh dunia.[14]

Permainan berperanan

Permainan main peranan pertama dalam francais Mario ialah Super Mario RPG: Legend of the Seven Stars. Sejak itu, permainan berperanan telah berkembang ke siri Paper Mario dan Mario & Luigi.

Siri Paper Mario

Logo siri Paper Mario.

Paper Mario[lower-alpha 5] adalah sebuah siri spin-off permainan video berperanan dikembangkan oleh Intelligent Systems dan diterbitkan oleh Nintendo Software Planning & Development. Permainan pertama dalam siri ini, Paper Mario, dilancarkan pada tahun 2000 di Nintendo 64, mendapat kejayaan kritikal dan komersial.[15][16] Dalam siri Paper Mario, pemain mengawal Mario dalam sebuah gabungan persekitaran 3D dan watak-watak 2D yang kelihatan seperti diperbuat daripada kertas. Mario boleh melompat dan mengguna tukulnya untuk melepasi halangan fizikal terletak dalam dunia luar permainan. Tambahan pula, pemain boleh mengumpul teman sepanjang perjalanan mereka, yang masing-masing mempunyai kemahiran istimewa sendiri yang diperlukan untuk maju dalam permainan.[17] Watak-watak ini membantu Mario dalam perlawanan bergilir permainan ini. Serangan yang dikenakan kepada pemain akan mengurangkan nyawa.[18] Serangan dalam permainan serupa dengan serangan permainan video berperanan tradisional, tetapi pemain dapat mempengaruhi kekuatan sesuatu pergerakan ketika menyerang atau bertahan dengan menepatkan masa tekan butang. atau melakukan arahan aksi lain jika diperlukan. Mario dan teman-temannya mempunyai kapasiti yang terhad untuk melakukan pergerakan istimewa, dengan setiap pergerakan menggunakan sejumlah poin bunga (flower points) jika dilakukan. Statistik berikut dapat ditambah dengan memperoleh Star Points (poin pengalaman) dalam perlawanan untuk naik level.[19][20] Kemajuan dalam Paper Mario ditentukan atas interaksi dengan watak bukan pemain (NPC) dalam permainan, yang seringkali akan memberi petunjuk atau memperincikan acara seterusnya dalam jalan cerita. Seperti dalam RPG lain, pemain dapat menjumpa atau membeli barangan daripada NPC untuk menolong di dalam dan di luar perlawanan. Lencana dapat diperoleh dan memberi bonus seperti pergerakan tambahan dan pemulihan nyawa beransur-ansuran ketika perlawanan; setiap lencana menggunakan sejumlah tetap Poin Lencana (Badge Points), bermaksud Mario hanya boleh memakai sejumlah lencana yang terhad sahaja pada satu masa.

Terdapat lima permainan Paper Mario dilancarkan untuk konsol ruma dan satu permainan untuk 3DS. Sepanjang perkembangan siri ini, setiap permainan baru telah memperkenalkan elemen baru untuk menjaga kesegaran tatamain, seperti cerita baru, teman baru dan mekanik tatamain baru. Pada tahun 2004, The Thousand-Year Door untuk GameCube memperkenalkan kebolehan Mario untuk bertukar menjadi kapal terbang kertas ataupun kapal kertas untuk berinteraksi dengan dunia luar. Pada tahun 2007, Super Paper Mario melencong ke genre RPG aksi 2D dan memperkenalkan kebolehan untuk "melipat" kepada persepektif 3D yang memutarkan level untuk mendedahkan paksi-z yang tersembunyi, meletakkan Mario dalam persekitaran 3D. Pada tahun 2012, Sticker Star untuk Nintendo 3DS memperkenalkan penggunaan stiker di dunia luar dan di dalam perlawanan. Stiker dapat dijumpai dan ditanggal dari pelbagai kawasan di dunia luar, dan boleh dibeli atau diperoleh daripada watak bukan pemain. Pada tahun 2015, Mario & Ligi: Paper Jam juga untuk 3DS memasukkan semua dunia Paper Mario dalam dunia benar. Pada tahun 2016, Color Splash untuk Wii U memperkenalkan penggunaan warna di persekitaran dan dalam perlawanan, sama seperti dalam Sticker Star.[21][22] Pada tahun 2020, The Origami King diumumkan untuk Switch dengan penggunaan .[23]

  • Paper Mario
  • The Thousand-Year Door
  • Super Paper Mario
  • Sticker Star
  • Mario & Luigi: Paper Jam (sebuah persilangan cereka Mario & Luigi)
  • Color Splash
  • The Origami King

Siri Mario & Luigi

Siri spin-off Mario & Luigi, yang dikembangkan oleh AlphaDream, dicipta secara eksklusif di konsol mudah alih. Siri ini bermula dengan pelancaran Superstar Saga untuk Game Boy Advance pada tahun 2003. Pada tahun 2017, Superstar Saga + Bowser's Minions untuk Nintendo 3DS memperkenalkan pembuatan semula permainan asli dengan grafik tambahan, peta yang diperbaiki yang membolehkan pemain meletakkan titik tanda, dan mode tambahan yang dinamakan Minion Quest: The Search for Bowser, yang menyediakan sebuah jalan cerita yang membolehkan anda mengawal orang suruhan Bowser untuk mencari pemimpin mereka, menghadapi banyak halangan dalam perjalanan mereka. Pada tahun 2005, Partners in Time untuk Nintendo DS memperkenalkan diri mereka yang lebih muda: Baby Mario, Baby Luigi, Toadsworth yang lebih muda, Baby Peach dan Baby Bowser. Pada tahun 2009, Bowser's Inside Story juga untuk DS memperkenalkan Mario, Luigi dan yang lain di dalam badan Bowser. Pada tahun 2018, Bowser's Inside Story + Bowser Jr's Journey untuk 3DS memperkenalkan pembuatan semula permainan asli dengan grafik tambahan, peta yang diperbaiki yang membolehkan pemain meletakkan titik tanda, dan mode tambahan yang dinamakan Bowser Jr's Journey. Pada tahun 2013, Dream Team untuk 3DS memperkenalkan Dreamy Luigi, di mana Luigi tidur di Dream World untuk meraikan Tahun Luigi. Pada tahun 2015, Paper Jam juga untuk 3DS juga mempunyai Paper Mario sebagai watak yang dapat dimainkan apabila Luigi mengetuk buku yang mengandunginya.

  • Superstar Saga
    • Bowser's Minions
  • Partners in Time
  • Bowser's Inside Story
    • Bowser Jr.'s Journey
  • Dream Team
  • Paper Jam (sebuah persilangan cereka dengan Paper Mario)

Permainan parti

Siri Mario Party

Rencana utama: Mario Party

Pada tahun 1998, permainan Hudson Mario Party dilancarkan untuk Nintendo 64. Berikutan ini, 9 sekuel bernombor telah dilancarkan, menjadikan 10 judul bernombor, bersama dengan dua judul siri utama yang tidak bernombor, Mario Party DS dan Super Mario Party. Siri ini juga mempunyai empat spin-off yang berlainan dalam tatamain, termasuk Mario Party Advance, Island Tour, Star Rush, dan The Top 100. Mario Party adalah permainan pesta multipemain yang menampilkan watak siri Mario di mana 4 watak yang dikendalikan oleh manusia atau komputer bersaing dalam permainan papan yang diselit dengan permainan mini.

Permainan sukan

Terdapat banyak permainan sukan dalam francais Mario.

Siri Mario Tennis

Penampilan pertama Mario dalam permainan tenis adalah sebagai pengadil di Tennis untuk NES dan Game Boy. Permainan ini tidak menggunakan penjenamaan Mario dan hanya menampilkan Mario sebagai kameo. Dia kemudian muncul di Mario's Tennis for the Virtual Boy. Selepas ini, Camelot Software Planning mengeluarkan Mario Tennis untuk Nintendo 64. Mereka kemudian akan mengembangkan permainan lain dalam siri ini: Mario Power Tennis untuk GameCube dan Wii, Power Tour untuk Game Boy Advance, Mario Tennis Open untuk Nintendo 3DS, Ultra Smash untuk Wii U, dan Aces untuk Nintendo Switch.

Siri Mario Golf

Penggunaan pertama kesamaan Mario dalam permainan golf adalah bahawa pemain golf di Golf untuk NES dan Game Boy menampilkan seorang lelaki bermisai menyerupai Mario. Kemudian, NES Open Tournament Golf dilancarkan. Ini menampilkan Mario dan Luigi sebagai pemain golf, dengan Princess Toadstool dan Princess Daisy sebagai penolong mereka. Mario Golf dilancarkan untuk N64 pada tahun 1999. Ia diikuti oleh Mario Golf: Toadstool Tour untuk GameCube, Mario Golf: Advance Tour untuk Game Boy Advance dan Mario Golf: World Tour untuk Nintendo 3DS.

Siri Mario Baseball

Mario dan Luigi merupakan kapten pasukan di Baseball untuk Game Boy. Mario Superstar Baseball dilancarkan untuk GameCube dan Mario Super Sluggers untuk Wii.

Siri Mario Strikers

Permainan bola sepak diperkenalkan di salah satu permainan mini di Mario Party 4 sebagai "GOOOOOOOAL!!". Siri Mario Strikers (Mario Football di Eropah) debut untuk GameCube dengan Super Mario Strikers pada tahun 2005, yang dikembangkan oleh Next Level Games. Mario Strikers Charged dilancarkan untuk Wii pada tahun 2007.

Siri Mario and Sonic at the Olympic Games

Pada tahun 2008, Mario dan rakan-rakannya muncul bersama watak-watak dari Sonic the Hedgehog dalam permainan sukan, Mario & Sonic at the Olympic Games, yang dikembangkan oleh Sega sebagai siri persilangan cereka. Sebuah sekuel, Olympic Winter Games, dirilis pada tahun 2009 dan Mario & Sonic at the London 2012 Olympic Games dilancarkan antara November 2011 (Wii) dan Februari 2012 (Nintendo 3DS). Pada 15 November 2013, sekuel ketiga yang dinamakan Sochi 2014 Olympic Winter Games dilancarkan secara eksklusif di Wii U, dengan sekuel keempat, Mario & Sonic at the Rio 2016 Olympic Games untuk Wii U, Nintendo 3DS dan arked pada tahun 2016. Sekuel kelima, Mario & Sonic at the Olympic Games Tokyo 2020, dilancarkan di Nintendo Switch pada bulan November 2019.

Permainan pendidikan

Pada awal tahun 1990-an, banyak permainan pendidikan dilancarkan dalam siri Mario Sebilangan kecil permainan ini adalah platformer; paling dicari untuk mengajar kemahiran seperti menaip, matematik atau sejarah. Mereka dilesenkan secara rasmi tetapi tidak dikenali secara rasmi oleh Nintendo. Permainan ini dikembangkan secara bebas oleh Software Toolworks, Interplay dan Brainstorm. Sembilan permainan pendidikan dilancarkan dari 1991 hingga 1996.

Permainan bukan terbitan Nintendo

Bahagian ini merangkumi permainan yang dikembangkan oleh syarikat lain tanpa penglibatan Nintendo. Permainan ini dilesenkan secara rasmi tetapi tidak dikenali secara rasmi oleh Nintendo.

Hudson

Hudson Soft melancarkan dua permainan berdasarkan Mario Bros. dan satu lagi yang serupa dengan Super Mario Bros.

Mario Bros. Special adalah permainan video yang dilancarkan pada tahun 1984 untuk komputer Jepun NEC PC-6001mkII, NEC PC-6601, NEC PC-8801, FM-7 dan Sharp X1. Ini adalah pembuatan semula Mario Bros. yang asli, dengan level baru, mekanik baru dan permainan baru.

Punch Ball Mario Bros. adalah permainan video yang dikeluarkan pada tahun 1984 untuk komputer Jepun NEC PC-6001mkII, NEC PC-6601, NEC PC-8801, FM-7 dan Sharp X1. Ini mirip dengan Mario Bros. yang asal, tetapi menampilkan mekanik permainan baru "bola pukulan", bola kecil yang Mario dan Luigi dapat menendang kepada musuh untuk mengejutkan mereka, bukannya memukulnya dari bawah, seperti dalam permainan asal.

Hudson Soft pada awalnya bertanggungjawab untuk siri Mario Party sehingga Mario Party DS pada tahun 2007, tetapi pada bulan Mac 2012, siri itu telah diambil alih oleh Nd Cube sejak Hudson menjadi sebahagian dari Konami.[24] Ramai pekerja Hudson kini bekerja di Nd Cube.

Philips

Tiga permainan dirancang untuk dikembangkan oleh Philips Interactive Media untuk digunakan pada mesin CD-i: Super Mario's Wacky Worlds, Hotel Mario, dan Mario Takes America. Hanya Hotel Mario yang dilancarkan; Wacky Worlds Super Mario dan Mario Takes America akhirnya dibatalkan. Philips diberi kebenaran untuk menggunakan watak Nintendo dalam permainan CD-i kerana mereka mengambil bahagian dalam mengembangkan aksesori tambahan yang belum dilancarkan untuk Super Nintendo Entertainment System(SNES).[25] Hotel Mario tidak memperoleh banyak kejayaan, dengan Nintendo jarang mengakuinya sebagai sebahagian daripada siri Mario.[26][27]

Super Mario's Wacky Worlds adalah permainan video yang dibatalkan yang dirancang untuk CD-i, yang dikembangkan oleh NovaLogic, yang berusaha menduplikasi permainan Super Mario World. Walaupun sprite permainan berdasarkan atas sprite yang ada di Super Mario World, reka bentuk levelnya berdasarkan lokasi Bumi dan bukan Dinosaur Land. Kerana keterbatasan CD-i, beberapa ciri tidak dapat dimasukkan ke dalam permainan, seperti sejumlah besar sprite di skrin, dan banyak efek visual. Sifat pengawal peranti penunjuk menyediakan pengawalan yang sukar bagi Mario, kerana permainan ini mempunyai kawalan ditetapkan untuk berlari dan melompat.

Mario Takes America diusulkan mengenai perjalanan Mario ke Hollywood untuk membuat filemnya sendiri. Konsep permainan pada awalnya mengagumkan Philips, tetapi dibatalkan kerana syarikat itu tidak berpuas hati dengan perkembangan permainan.[28]

Hotel Mario adalah permainan teka-teki yang dikembangkan oleh Fantasy Factory dan diterbitkan oleh Philips Interactive Media untuk CD-i pada tahun 1994. Watak utama permainan ini adalah Mario dan Luigi, yang mesti mencari Princess Peach dengan melalui tujuh Hotel Koopa di Mushroom Kingdom. Setiap hotel dibahagikan kepada beberapa level, dan objektifnya adalah untuk menutup semua pintu di setiap level. Permainan ini telah dikritik sebagai salah satu permainan dipusatkan Mario yang terburuk, terutamanya kerana tayangan pandangannya dan tatamain yang ringkas.[29][30]

Ubisoft

Mario + Rabbids Kingdom Battle adalah permainan video berperanan taktikal berasaskan giliran yang dikembangkan oleh Ubisoft Milan (divisi studio Itali Ubisoft) untuk Nintendo Switch. Permainan ini adalah persilangan cereka dengan francais Raving Rabbids Ubisoft, dan menampilkan tatamain pemain tunggal dan koperasi multipemain. Kisah permainan ini menyaksikan pemain mengawal Mario, rakan-rakannya, dan sekumpulan Rabbids yang berpakaian seperti mereka, berhadapan dengan akibat daripada serangan yang tiba-tiba oleh sekumpulan Rabbids, yang secara tidak sengaja telah menyalahgunakan reka cipta yang kuat yang telah membawa kekacauan ke Mushroom Kingdom. Shigeru Miyamoto pada awalnya kagum dengan prototaip permainan, yang dipersembahkan kepadanya oleh pengarah kreatif Davide Soliani pada tahun 2014, yang kemudian menyebabkan Nintendo mengesahkan permainan untuk pelancaran di Nintendo Switch. Permainan ini dilancarkan di Eropah dan Amerika Utara pada 29 Ogos 2017, dan disambut dengan sambutan yang baik dari para pengkritik, yang memuji tatamain, kedalaman, dan grafiknya.

Lain-lain

Electronic Arts mengembangkan dan mengeluarkan NBA Street V3 dan SSX on Tour pada tahun 2005, yang mana kedua-duanya menampilkan Mario, Luigi, dan Peach sebagai watak yang boleh dimainkan dalam versi GameCube.

Rujukan

WikiPedia: Mario (francais) http://www.newswire.ca/en/releases/mmnr/Super_Mari... http://www.nintendo.ca/cgi-bin/usersite/display_in... http://www.popjournalism.ca/pop/news/2006/00266pla... http://www.1up.com/do/feature?pager.offset=5&cId=3... http://www.1up.com/features/mario-maestro http://www.1up.com/news/mario-kart-wii-detailed http://www.americanradiohistory.com/Archive-Cash-B... http://www.businesswire.com/news/home/201105310053... http://www.columbusdispatch.com/live/content/life/... http://www.gamecubicle.com/features-mario-nintendo...